THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, November 23, 2009

Mari kita bincang pasal kartun!!!??art??

Salam sejahtera semua!!Terima kasih yang teramat sangat buat korang semua kerana menjenguk ruangan aku ini.Mungkin ada di kalangan korang yang minat melukis kartun,membaca komik dan mungkin mempunyai minat-minat lain yang berkaitan dengan kartun atau seni lukisan.
Tidak dinafikan,industri ini semakin berkembang di negara kita,Malaysia.Cubalah korang lihat sendiri.Dimana ada gedung yang berkaitan dengan bahan bacaan,pasti ada komik dan majalah kartun.Antara majalah kartun tempatan yang kian meletup sekarang ni adalah seperti majalah Ujang,Gempak,Utopia,dan Apo?.Selain itu,terdapat juga novel-novel grafik yang dibukukan dari episod-apisod majalah tertentu.Dan ini amat membanggakan dimana kita selangkah demi selangkah untuk berdiri sama rata dengan komik dan kartun antarabangsa.
Kalau bab-bab seni lukisan ni pula,memang ramai yang dah tahu betapa hebatnya pelukis-pelukis tanahair kita seperti Imuda.Kalau dekat C.M plak,memang terpukaulah sekejap melihat karya-karya dorang ni.
Jesteru itu,aku berharap kita dapatlah berkongsi dan bertukar pendapat berkenaan kartun dan lukisan ni.Tak kiralah siapa pun korang ya.Apa yang penting,kita dapat berkongsi sesuatu dan memperoleh manfaat dari ruangan ini.

1 comments:

mario said...

good bro..boleh sukses.bakat dah ade..