THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, December 7, 2009

Aku nak bace manga One PieceLah!!!!!!!


Ehem-ehem..Lame gak aku mengelat dari wat post ni.Ade saje hal nye.Sampai kene sound ngan member seperjuangan aku iaitu,Richie dan mario.HAHA..Segan gak aku ngan diorang sebab boleh dikategorikan sebagai pemalas.

AH!!Lupakan itu semua!!Anda pernah tak bace manga One Piece?"Cerita die best sangat woi!!Kalau bab sedih bleh buat kite menangis!Kalau beraksi,bulat mate kite dibuatnye!!"Itulah antara penjelasan tentang manga ni oleh kawan aku sendiri yang bernama Kamil.Haha buat aku tak duduk diam dibuatnye.Katenye lagi,manga ni lagi mengancam dari Naruto!Yang penting kene layan dari awal.


Hu..Macam aku ni ade jagak layan dulu tapi cume sebijik due episod jela.Sebab tu aku tak dapat menikmati kelazatan membaca manga ni.Tapi betul ke sampai leh mengalahkan Naruto?Macam tak caye Je?Bagi aku,Naruto dah cukup terbaik untuk aku.Tapi dorang dah cakap camni,tak boleh jadi ni!!Kene bace ni!!Jom kite layan!!!\\!KLIK SINI!!

Friday, December 4, 2009

Kartun Walt Disney punya agenda tersendiri.
























Setiap kali kite mennton kartun_kartun dari disney,pasti kita akan terhibur dengan setiap jalan cerita,aksi dan unsur-unsur yang dipersembahkan.Kartun serta filem dari Disney diterima ramai oleh seluruh dunia.Himgga kita sendiri tak sedar apa kesan hiburan ini kepada kita sendiri.Begitu jugak dengan aku.Tapi lepas banyak wat research dan kajian,nampak sangat yang kartun ni cube nak brain wash kiya semua agar dapat menerima perancangan mereka yang terdiri dari freemason yang JAHAT-JAHAT.

Hebatkan orang kafir ni??Tak dapat nak perang,diorang gunakan strategi yang amat halus.Dorang menampakkan diri dorang sebagai pembawa kemajuaan,membawa dunia kearah kemodenan dalam masa yang sama dorang ni sume nak memanipulasikan fikiran kita agar kita berada di bawah kawalan dorang dan tidak mustahil suatu hari nanti kita atau keturunan kita akan menjadi pengikut diorang.
Walt Disney merupakan anggota Freemasonry darjat 33, suatu darjat yang tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh tokoh-tokoh Yahudi dan juga anggota Iluminaty. Di sebalik seluruh karektor kartun yang diciptakannya yang tersebar di aneka filem, buku cerita dongeng dan sebagainya, ada agenda tersembunyi untuk mempengaruhi dan mindsetting pemikiran anak-anak.Aku pernah tengok satu discovery yang berjudul THE ARRIVAL.Ha..Kat sini ade banyak penerangan berkaitan agenda disney ni.Adakah kartun yang berbaur seks dan pendedahan kepada black magic yang selalu dibawa oleh disney ini sesuai untuk kanak-kanak?Kalau korang ingat lagi kartun the lion king,terdapat satu scene dimana bintang di langit ketika itu berbentuk,SEX.Selain tu,terdapat tiang-tiang emas yang berbentuk mirip seperti zakar(tapi aku tak pasti dari kartun yang mane satu).Ade jugak dalam satu scene ni,kat dinding rumah kartun tu ade potret bogel.Gile tak?Bagi kartun camni tgok kat budak-budak?

Tanpa kita sedari,budak-budak ni hilang ke dalam Disneyland dan diculik oleh perusahaan Disney dan dikorbankan serta diperbudak menjadi agen-agen The New World Order di masa depannya. Hebatnya lagi, Disney mampu melakukan ini semua di kamar-kamar tidur dan kamar-kamar keluarga seluruh keluarga di dunia ini. Tak perlu nak susah-susah pegi wat kempen sane-sini.







Kartunis Aie.





















Shaari bin Sulong (Aie) adalah satu nama yang cukup gah dalam arena kartun dan komik tanahhair. Beliau lahir pada 24 Februari 1973, di Kampung Baru Kuala Lumpur. Bakat semulajadi yang lahir dalam dirinya diperolehi dari ayahnya yang juga merupakan seorang guru lukisan. Namun begitu, kartunis Aie tidak pernah mendapat sebarang pendidikan secara formal di dalam bidang ini. Beliau hanya belajar secara tidak langsung melalui persekitaran dan tunjuk ajar dari sesiapa saja yang boleh. Kartunis Aie mula berjinak dengan bidang lukisan ini sejak berada dibangku sekolah lagi,iaitu apabila beliau diberi tanggungjawab oleh gurunya untuk menguruskan majalah sekolah. . Beliau mula terlibat secara serius dalam arena kartun tanahair bermula pada tahun 1991-sebagai kartunis di Majalah Jenakarama terbitan Evergreen Publisher Sdn. Bhd. Dari situ beliau bertekad untuk pergi ke peringkat yang lebih baik. Kartunis Aie telah menjadikan kartunis Don dan kartunis kerengge sebagai idolanya kerana beliau berpendapat karya mereka mendahului masa dari segi kualiti, idea dan penyampaian. Aie kemudian dilantik sebagai ketua studio Majalah Jenakarama dan sebuah Majalah berkonsep pendidikan iaitu Disney-Mickey.

Pada tahun 1993- Aie ditawarkan menjadi Animator bagi Animasi ‘Usop Sontorian’-terbitan Kharisma picture. Semasa beliau menjadi animator…beliau telah diajak oleh kartunis Ujang untuk membuat majalah. Kartunis Aie merupakan diantara tiga orang pelopor utama Majalah UJANG disamping kartunis Gayour dan kartunis Ujang sendiri Maka bermula pada Oktober 1993, kartunis Aie telah menjadi kartunis tetap di Majalah UJANG. Dalam tempoh tersebut nama kartunis Aie telah melonjak dengan koleksi ABE, iaitu hasil kolaborasi beliau dengan kartunis Ujang. Tidak ketinggalan juga karya-karya beliau yang lain seperti AKU HIDUP DALAM BLUES,TOYON, PAK ANDAK, DIN BLUES turut berjaya menambat hati para peminat kartun. Disamping itu, Kartunis Aie juga turut terlibat dalam voice over bagi animasi ‘Usop Sontorian’ untuk watak Singh dan Arba.

Namun pada November 1996, berlaku perpecahan antara kartunis Ujang dengan Kharisma Publication sekaligus terhentinya penerbitan Majalah UJANG. Kartunis Aie kemudian bergerak secara solo selama 6 bulan sebagai-freelancer illustrator,part time designer dan bermacam-macam kerja lagi.

Pada Jun 1997, beliau dipanggil semula untuk menerajui Majalah UJANG dan dilantik sebagai Pengarah Seni dibawah penerbitan baru, MOY Publications Sdn. Bhd. Kartunis Aie sekali lagi mencipta sejarah yang tersendiri apabila komik ciptaan beliau- ‘BLUES UNTUK AKU’ yang disiarkan secara bersiri dalam Majalah UJANG mendapat sambutan yang paling hangat daripada pembaca. Koleksi komik ‘BLUES UNTUK AKU” jilid 1 dan 2 telah terjual melebihi 150,000 naskhah dan masih dijual sehingga ke hari ini.

Pada November 2000, kartunis Aie telah meletak jawatan di MOY Publications Sdn. Bhd dan beliau telah menubuhkan Unlimited Productions bersama rakan kongsinya iaitu En. Nazan Mohd. Noor. Pada Januari 2001 maka lahirlah komik solo ‘AKU DAN SESUATU’ yang berjaya memecahkan monopoli konsep majalah humor berkumpulan yang sebelum ini menjadi trend penerbit tempatan. Komik ini turut mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat kartun dan komik tanahair. Komik solo tersebut hanya dapat dikeluarkan sebanyak 29 keluaran dan berakhir pada tahun 2003. Beliau kemudian menyumbang untuk majalah komik STARZ dan berjaya menghasilkan satu koleksi iaitu ‘LOVEVILLE”.

Kini komik AKU DAN SESUATU tersebut telah diterbitkan semula dalam bentuk buku novel grafik dibawah terbitan Al-Ameen serve holdings sdn bhd. Disamping itu, Kartunis Aie juga turut menyumbangkan karya beliau untuk Majalah g3 terbitan Karangkraf Sdn Bhd.

Hasil kerja Aie bukan sahaja dapat dilihat dalam komik, malah pada cover CD,poster dan inlay artis famous. Antara cover album artis yang mendapat sentuhan kartunis Aie ialah Kumpulan Wings, Kristal, dan Def Gab C.

Impian kartunis Aie yang masih belum tercapai sebagai kartunis ialah beliau ingin menghasilkan animasinya sendiri dan ingin karyanya diterima lebih baik dari sebelumnya. Kartunis Aie berpendapat “ Jika sesiapa yang ingin menceburi bidang komik janganlah menghasilkan karya di mulut saja, sebaliknya tunjukkan melalui kayakinan pada karya anda sendiri. Biarpun orang mengatakan karya anda buruk dan kotor, janji anda berbangga dengan apa yang anda buat. Dalam dunia komik tiada siapa dapat mengajar anda untuk menghasilkan karya yang terbaik, guru yang paling baik adalah karya anda sendiri. Buatlah kerja bersungguh-sungguh, sekiranya mendapat peluang, jangan sia-siakannya”.